Saturday, May 27, 2006

RINTIHAN JIWA

Dalam aku meraba mengharungi di kegelapan malam, aku sering didatangi oleh mimpi ngeri yang akhirnya menjadi kenyataan yang amat pahit untuk ditelan. Ya aku tahu yang pahit itu kadangkala merupakan ubat tapi ketahanan emosiku sering tercabar dengan insiden-insiden yang tidak pernah diundang. Aku terus celaru dan keliru mengharungi jalan-jalan yang penuh duri dan berliku. Sisa usia yang ada rupanya tidak segagah dulu untuk aku meneruskan perjalanan kelam ini dan terdamparlah aku di sini bersama pekat malam untuk meneruskan perjalanan sukar ini yang amat menyiksakan. Aku tahu esok pasti tiba dengan cahaya namun aku terus meraba mencari cahaya itu untuk menyinari jalan-jalanku yang dilalui menuju ke puncak jaya. Apakah hadirnya diri ini hanya untuk menerima hukuman yang tak tahu mana salahnya? Apakah sinar kemerdekaan enggan berdamping denganku untuk aku merasakan sedikit dari cahayanya bagi menyuluh jalanku menuju destinasi bahagia? Ingin ku kumpulkan semula kuderat yang ada bagi meneruskan perjalanan yang tak tahu hujungnya. Berputus asakah aku? berdosakah aku merintih dan meratapi suasana suram ini yang tak pernah diminta? ah! hidup ini kadangkala amat membosankan dan apakah mati akan membahagiakan jika hidup penuh dengan kekecewan?

Terima kasih

Tuhan! Hadiahkanlah kasihmu kepadaku
Tuhan! Kurniakanlah rinduku kepadamu
Moga ku tahu syukur pun adalah milikmu

` Yaa Allah! Aku memohon cintamu dan cinta orang yang menyintaimu dan semua amalan yang akan mendekatkan aku dengan cintamu ‘

Bila kita mencintai yang lain,Mungkinkah hati ini akan tegar Sebisa mungkin tak akan pernah sayangku akan hilang.... padamu Yaa-ALLAH Rabbul Jalil.

.

MENGHARAPKAN KOMEN ANDA

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan sila berikan komen anda sekiranya ada sebarang tambahan yang perlu dimuatkan dalam blog ini. Sekiranya ada sebarang komen membina silalah salurkan kepada saya. Saya juga ingin memasukkan lagu dalam blog saya tapi sehingga kini masih tak tahu bagaimana untuk melaksanakannya. Sesiapa yang mahir dalam pembikinan blog untuk tujuan ini silalah berkongsi pengalaman dengan saya.

Terima kasih

Tuhan! Hadiahkanlah kasihmu kepadaku
Tuhan! Kurniakanlah rinduku kepadamu
Moga ku tahu syukur pun adalah milikmu

` Yaa Allah! Aku memohon cintamu dan cinta orang yang menyintaimu dan semua amalan yang akan mendekatkan aku dengan cintamu ‘

Bila kita mencintai yang lain,Mungkinkah hati ini akan tegar Sebisa mungkin tak akan pernah sayangku akan hilang.... padamu Yaa-ALLAH Rabbul Jalil.